Monday 5 November 2012

Pembenihan Ikan Keli

Secara asasnya, pembenihan ikan keli adalah proses persenyawaan telur secara aruhan. Ia adalah untuk tujuan komersial. Ikan keli boleh membiak secara semulajadi tetapi benih yang di perolehi adalah sedikit.

Untuk tujuan pembenihan, ikan yang di pilih haruslah mencapai tahap kematangan iaitu sekurang-kurangnya berumur empat bulan. Pemilihan induk juga penting bagi menghasilkan benih yang sihat dan tahan keadaan.

Bilangan telur bergantung kepada saiz induk betina. Ianya boleh mencapai 30,000 hingga 70,000 biji telur bagi seekor induk betina.

Kolam2 asuhan perlu di rawat terlebih dahulu sebelum memasukan telur2 ikan ini supaya dapat membasmi pemangsa.

Telur-telur ikan keli ini hanya mengambil masa satu ke dua hari untuk menetas. Penjagaan dan pemakanan benih adalah penting bagi tumbesaran ikan keli ini.

Apabila mencapai saiz 1 inci, benih2 ini akan di asingkan untuk pembesaran lanjutan atau untuk penjualan secara komersial.