Friday, 4 January 2013

PROSES PEMBENIHAN IKAN KELI



ALATAN YANG DIGUNAKAN

1. Besen plastik - (bersih & kering, tidak boleh digunakan besen kaca dan
aluminium)
2. Picagari – panjang maksimum 1.0cm
3. Hormon ovaprim – berharga RM150
4. Jaring penetasan
5. Bulu ayam
6. Kanvas penetasan – (yang bukan berwarna hitam)
7. Timbang
8. Pisau
9. Gunting
10. Alat pengudaraan
11. Alat pengukur pH air - (untuk pembenihan, pH air adalah antara 6.8 – 7.6 pH)
12. Sudu plastic

MENIMBANG INDUK


• Induk perlu ditimbang satu persatu untuk menentukan berat induk berkenaan
dan jumlah hormon yang akan digunakan.
• Untuk induk jantan, hormon yang digunakan adalah pada nisbah 0.25ml/kg.
• Untuk induk betina, hormon yang digunakan adalah pada nisbah 0.5ml/kg

MENYUNTIK INDUK

• Setiap induk hanya disuntik sekali sahaja.
• Picagari bersaiz 1.0ml digunakan dengan jarum sepanjang 1.25sm.
• Suntikan dijalankan pada waktu malam.
• Hormon ovaprim digunakan.
• Suntikan hendaklah dilakukan di bahagian otot induk jantan dan betina.
• Induk jantan disuntik dahulu sebelum induk betina.
• Pada kedudukan 45 darjah, jarum diturunkan selari dengan kedudukan
badan induk, dan tekan picagari perlahan-lahan untuk menolak hormon
ovaprim masuk ke dalam badan induk.
• Setelah selesai, cabut jarum perlahan-lahan dan tekan bahagian otot yang
disuntik tadi dengan jari untuk memastikan hormon tidak keluar.

HORMON OVAPRIM
 


 






*Suntikan hormon ovaprim untuk jantan ialah : 0.25 ml/kg
*Suntikan hormon ovaprim untuk betina ialah : 0.5 ml/kg




CONTOH JARUM SUNTIKAN










* Jarum suntikan hanya boleh digunakan sekali untuk jantan dan betina
* Setelah jarum tersebut digunakan, ia tidak boleh digunakan lagi, perlu
menggunakan jarum yang lain pula untuk suntikan seterusnya.


CONTOH MENYUNTIK INDUK


• Induk betina dan jantan yang telah disuntik perlu dilepaskan ke dalam tempat
yang berasingan. Ini untuk mengelakkan induk-induk berkenaan mengawan
sesama sendiri. (Suhu air sewaktu pengeraman adalah sekitar 28 darjah
celcius – 30 darjah celcius)
• Induk-induk tersebut dibiarkan di dalam tempat berasingan selama      10-12 jam sebelum proses meleret telur dilakukan. (jangan lebih dari 12 jam).
• Jangkamasa 10-12 jam ini adalah bergantung kepada keadaan induk betina
pada keesokan harinya. Sekiranya abdomennya telah terlalu mengembang
ke kiri dan ke kanan, proses leretan perlu cepat dilakukan. Ini untuk
mengelakkan induk berkenaan mengeluarkan telur dengan sendirinya.

*Induk betina yang telah disuntik boleh digunakan (disuntik semula) selepas 4 bulan.
*Induk betina boleh digunakan (disuntik) sepanjang hayat, tetapi hanya 3 kali sahaja
  boleh digunakan (disuntik) setiap tahun.


CONTOH MELERET TELUR INDUK BETINA

MELERET TELUR

• Selepas 10-12 jam disuntik, induk betina telah sedia untuk berovulasi
   (mengeluarkan telur).
• Pada masa ini, induk betina kelihatan lemah dan mudah ditangkap.
• Perlahan-lahan, leretkan abdomen induk ke arah kloaka dan telur akan keluar
   ke dalam besen yang telah disediakan. Besen hendaklah bersih dan kering.
• Telur yang matang akan bercerai semasa proses leretan dilakukan.
• Langkah ini dibuat sehinggan telur habis dileret dari abdomennya.
• Tugas ini perlu dilakukan dengan pantas dan berhati-hati.

CONTOH PEMBEDAHAN INDUK JANTAN



PENGELUARAN SPERMA

• Sperma jantan tidak boleh dikeluarkan dari badan induk seperti induk betina.
• Induk jantan perlu dibedah untuk dikeluarkan testisnya.
• Keluarkan kedua-dua testisnya, bersihkan dan letakkan di dalam piring.
• Potong testis dengan gunting dan picit untuk mengeluarkan sperma.


CONTOH PERSENYAWAAN TELUR DAN SPERMA



PERSENYAWAAN TELUR DAN SPERMA
• Telur yang telah dileret ke dalam besen disenyawakan dengan sperma
jantan.
• Gaulkan telur dan sperma dengan menggunakan hujung bulu ayam sehingga
sekata atau sehingga semua telur telah disenyawakan.
• Telur yang telah disenyawakan akan bertukar menjadi merah keperangan.








PENGENALAN KEPADA TEKNIK ARUHAN

Ikan keli membiak secara semulajadi (persenyawaan telur secara
semulajadi), tetapi hasil benihnya tidak banyak.
• Teknik aruhan dijalankan ke atas ikan keli untuk menghasilkan benih yang
lebih banyak untuk tujuan komersil.
• Teknik ini diadaptasi dengan cara meniru kaedah pembiakan ikan keli secara
semulajadi
• Hormon yang digunapakai adalah Ovaprim. Hormon ini dapat merangsang
ikan untuk menghasikan telur dan sperma dengan lebih banyak.
• Suntikan hormon ini bertujuan merangsang kelenjar pituitari ikan jantan untuk
mematangkan sperma, dan bagi ikan betina untuk mematangkan telur.
• Ini membolehkan proses ovulasi berlaku dan persenyawaan tiruan dapat
dijalankan.

INDUK
• Biasanya, ikan keli jantan dan betina mencapai tempoh matang selepas
empat bulan.
• Untuk teknik aruhan, ikan keli yang sesuai digunakan adalah apabila
mencapai umur 10 bulan dan ke atas, dengan berat seekor di sekitar
900gram dan ke atas. Bagi tujuan ini, ikan-ikan yang mencapai umur dan
berat ini digelar ‘induk’.
• Pada tahap induk, induk betina akan mampu menghasikan 30’000 sehingga
50’000 biji telur. Bilangan telur bergantung kepada saiz dan makanan induk
berkenaan.
• Induk yang dipilih mestilah dari baka yang baik, berkeadaan sihat dan tidak
cacat atau cedera.
• Sebelum disuntik, induk perlulah diberi makan dedak / palet selama sebulan.

Contoh Induk











perbezaan antara induk betina dan induk jantan

INDUK JANTAN
- Alat kelamin panjang dan tajam
- Saiz badan kecil dan panjang
- Kelakuan sangat agresif

INDUK BETINA
- Alat kelamin bulat
- Saiz badan besar dan kembang
- Kelakuan kurang agresif

Thursday, 3 January 2013

TIPS BAGI PEMBENIHAN IKAN KELI

ADA BEBERAPA TIPS khusus untuk mereka yang baru belajar buat pembenihan ikan keli. Memandangkan ramai yang bagi respon tentang kematian anak ikan, bagus juga saya kongsi sedikit pengalaman tentang pembesaran anak ikan yang baru menetas ni.


Untuk makluman anda, anak ikan keli yang baru menetas akan mula makan biasanya selepas 48 jam dan sangat sensitif terhadap persekitaran air terutama kadar PH, ammonia, oksigen dan suhu. Selain itu, cara memberi makanan dan jenis makanan juga perlu diambil penekanan.


Untuk mengelakkan kadar kematian yang besar, di sini ada beberapa tips yang saya rasa dapatlah dijadikan sedikit panduan terutama kepada mereka yang baru mau bermula buat pembenihan. Biasanya bagi yang baru ni kena banyak bersabar dan sila rujuk balik post-post yang lalu terutamanya yang saya tekankan tentang air ternakan.


1. Pastikan air yang anda gunakan untuk pembenihan ikan keli tidak terlalu berasid. Saya syorkan kalau boleh gunakan air perigi yang bersih bebas bahan kimia dan kalau boleh elakkan penggunaan air hujan. Ini kerana air hujan mengandungi asid lebih dan amat tidak sesuai untuk rega ikan.


2. Pastikan paras air direndahkan sekurang-kurangnya 3 - 4 inci sahaja. Ini kerana kedalaman air dapat mempengaruhi suhu air. Air yang dalam biasanya amat sejuk yang boleh menyebabkan anak ikan terasa lemas.


3. Pastikan media asuhan rega terdedah sedikit dengan matahari. Ini sangat penting untuk kesuburan air dan menstabilkan suhu air dan jangan lupa air asuhan hendaklah diberi cecair E.M terlebih dahulu.


4. Pastikan rega keli anda makan selepas 48 jam. Ini keran masa itu rega sudah mula kehabisan bekalan telur kuning yang dibawanya untuk digantikan segera dengan makanan tambahan. Saya syorkan anda guna Avantemia kerana ia lebih mudah dan senang disediakan. Kelambatan memberi makan akan menyebabkan kanibalisma (memangsa sesama sendiri).

5. Kalau kolam anda berada di bawah teduhan atau dalam bangunan anda boleh gunakan bantuan pengudaraan menggunakan alat pam udara untuk membekalkan oksigen yang tinggi sepanjang masa. Ini sangat perlu kerana rega keli amat memerlukan oksigen yang cukup dalam proses pembesarannya. Oksigen yang kurang menyebabkan anak ikan akan mudah lemah dan mati. Proses pengudaraan ini juga perlu dalam aktiviti penyuburan air. Tapi jika kolam asuhan berada di luar dengan terdedah dengan sinaran matahari sebanyak 60%, penggunaan bantuan pengudaraan tidak perlu. Ini kerana berlakunya kitaran fotosintesis di siang hari yang membekalkan oksigen ke dalam kolam asuhan. Proses ini berlaku disebab wujudnya pytoplankton (air hijau) di kolam asuhan. Perlu diingatkan sekali lagi, paras air amat penting. Hadkan pada kedalamn 3 - 4 inci sahaja. Ini amat sesuai untuk pemeliharaan benih sekitar 2 inci ke bawah.
semoga maklumat ini memberi manfaat kepada pembaca.