ALATAN YANG DIGUNAKAN
1. Besen plastik - (bersih & kering, tidak boleh digunakan besen kaca dan
aluminium)
2. Picagari – panjang maksimum 1.0cm
3. Hormon ovaprim – berharga RM150
4. Jaring penetasan
5. Bulu ayam
6. Kanvas penetasan – (yang bukan berwarna hitam)
7. Timbang
8. Pisau
9. Gunting
10. Alat pengudaraan
11. Alat pengukur pH air - (untuk pembenihan, pH air adalah antara 6.8 – 7.6 pH)
12. Sudu plastic
MENIMBANG INDUK
• Induk perlu ditimbang satu persatu untuk menentukan berat induk berkenaan
dan jumlah hormon yang akan digunakan.
• Untuk induk jantan, hormon yang digunakan adalah pada nisbah 0.25ml/kg.
• Untuk induk betina, hormon yang digunakan adalah pada nisbah 0.5ml/kg
MENYUNTIK INDUK
• Setiap induk hanya disuntik sekali sahaja.
• Picagari bersaiz 1.0ml digunakan dengan jarum sepanjang 1.25sm.
• Suntikan dijalankan pada waktu malam.
• Hormon ovaprim digunakan.
• Suntikan hendaklah dilakukan di bahagian otot induk jantan dan betina.
• Induk jantan disuntik dahulu sebelum induk betina.
• Pada kedudukan 45 darjah, jarum diturunkan selari dengan kedudukan
badan induk, dan tekan picagari perlahan-lahan untuk menolak hormon
ovaprim masuk ke dalam badan induk.
• Setelah selesai, cabut jarum perlahan-lahan dan tekan bahagian otot yang
disuntik tadi dengan jari untuk memastikan hormon tidak keluar.
HORMON OVAPRIM
*Suntikan hormon ovaprim untuk jantan ialah : 0.25 ml/kg
*Suntikan hormon ovaprim untuk betina ialah : 0.5 ml/kg
CONTOH JARUM SUNTIKAN
* Jarum suntikan hanya boleh digunakan sekali untuk jantan dan betina
* Setelah jarum tersebut digunakan, ia tidak boleh digunakan lagi, perlu
menggunakan jarum yang lain pula untuk suntikan seterusnya.
CONTOH MENYUNTIK INDUK
• Induk betina dan jantan yang telah disuntik perlu dilepaskan ke dalam tempat
yang berasingan. Ini untuk mengelakkan induk-induk berkenaan mengawan
sesama sendiri. (Suhu air sewaktu pengeraman adalah sekitar 28 darjah
celcius – 30 darjah celcius)
• Induk-induk tersebut dibiarkan di dalam tempat berasingan selama 10-12 jam sebelum proses meleret telur dilakukan. (jangan lebih dari 12 jam).
• Jangkamasa 10-12 jam ini adalah bergantung kepada keadaan induk betina
pada keesokan harinya. Sekiranya abdomennya telah terlalu mengembang
ke kiri dan ke kanan, proses leretan perlu cepat dilakukan. Ini untuk
mengelakkan induk berkenaan mengeluarkan telur dengan sendirinya.
*Induk betina yang telah disuntik boleh digunakan (disuntik semula) selepas 4 bulan.
*Induk betina boleh digunakan (disuntik) sepanjang hayat, tetapi hanya 3 kali sahaja
boleh digunakan (disuntik) setiap tahun.
CONTOH MELERET TELUR INDUK BETINA
MELERET TELUR
• Selepas 10-12 jam disuntik, induk betina telah sedia untuk berovulasi
(mengeluarkan telur).
• Pada masa ini, induk betina kelihatan lemah dan mudah ditangkap.
• Perlahan-lahan, leretkan abdomen induk ke arah kloaka dan telur akan keluar
ke dalam besen yang telah disediakan. Besen hendaklah bersih dan kering.
• Telur yang matang akan bercerai semasa proses leretan dilakukan.
• Langkah ini dibuat sehinggan telur habis dileret dari abdomennya.
• Tugas ini perlu dilakukan dengan pantas dan berhati-hati.
CONTOH PEMBEDAHAN INDUK JANTAN
PENGELUARAN SPERMA
• Sperma jantan tidak boleh dikeluarkan dari badan induk seperti induk betina.
• Induk jantan perlu dibedah untuk dikeluarkan testisnya.
• Keluarkan kedua-dua testisnya, bersihkan dan letakkan di dalam piring.
• Potong testis dengan gunting dan picit untuk mengeluarkan sperma.
CONTOH PERSENYAWAAN TELUR DAN SPERMA
PERSENYAWAAN TELUR DAN SPERMA
• Telur yang telah dileret ke dalam besen disenyawakan dengan sperma
jantan.
• Gaulkan telur dan sperma dengan menggunakan hujung bulu ayam sehingga
sekata atau sehingga semua telur telah disenyawakan.
• Telur yang telah disenyawakan akan bertukar menjadi merah keperangan.
Salam...tahniah,anda usahawan berjaya....
ReplyDeletesalam... nak beli ovaprim kt mana. saya orang belah pulau pinang. melayu tiada buat pembenihan kt sana.
ReplyDeletesaya ada buat benih
Deletesalam... nak beli ovaprim kt mana. belah pulau pinang xdak pembenihan ikan keli melayu.
ReplyDeleteWa'alaikummusalam,
DeleteOvaprim mahal ckit Rm75 kot rasanya.
org kita pun ada wat gak, dlm rm50-60 camtu, thn lepas lah.
tolong whtsapp saya 0146067404 saya mahu beli ovaprim
DeleteAskom sy nk tanya ovaprim boleh di guna utk ikan mas tk..
ReplyDeleteboleh email detail saudara saya mahu beli ovaprim di Riffinvmd@hotmail.com
ReplyDeleteAssalamualaikum...saudara.d mana sya bole dapatkan hormon ovaprim ni.0109552850
ReplyDeletesaya mahu membeli hormon 0193036778
ReplyDeleteBole Memohon latihan ini dibuat di Tempat Kami.
ReplyDeleteSaya ingin beli ovaprim tlg hubungi saya no 01137353575.
ReplyDelete01127353575
Deletesya nak beli hormon ovaprim wasup sya 0135257604
ReplyDeletebrapa anggaran utk kursus pembenihan keli ni
ReplyDeleteD mna sya boleh dapatkan ovafrim utuk pembenihan ikan keli minta jasa baik tuan2 wsap sya 0138430145
ReplyDelete