Thursday, 3 January 2013

TIPS BAGI PEMBENIHAN IKAN KELI

ADA BEBERAPA TIPS khusus untuk mereka yang baru belajar buat pembenihan ikan keli. Memandangkan ramai yang bagi respon tentang kematian anak ikan, bagus juga saya kongsi sedikit pengalaman tentang pembesaran anak ikan yang baru menetas ni.


Untuk makluman anda, anak ikan keli yang baru menetas akan mula makan biasanya selepas 48 jam dan sangat sensitif terhadap persekitaran air terutama kadar PH, ammonia, oksigen dan suhu. Selain itu, cara memberi makanan dan jenis makanan juga perlu diambil penekanan.


Untuk mengelakkan kadar kematian yang besar, di sini ada beberapa tips yang saya rasa dapatlah dijadikan sedikit panduan terutama kepada mereka yang baru mau bermula buat pembenihan. Biasanya bagi yang baru ni kena banyak bersabar dan sila rujuk balik post-post yang lalu terutamanya yang saya tekankan tentang air ternakan.


1. Pastikan air yang anda gunakan untuk pembenihan ikan keli tidak terlalu berasid. Saya syorkan kalau boleh gunakan air perigi yang bersih bebas bahan kimia dan kalau boleh elakkan penggunaan air hujan. Ini kerana air hujan mengandungi asid lebih dan amat tidak sesuai untuk rega ikan.


2. Pastikan paras air direndahkan sekurang-kurangnya 3 - 4 inci sahaja. Ini kerana kedalaman air dapat mempengaruhi suhu air. Air yang dalam biasanya amat sejuk yang boleh menyebabkan anak ikan terasa lemas.


3. Pastikan media asuhan rega terdedah sedikit dengan matahari. Ini sangat penting untuk kesuburan air dan menstabilkan suhu air dan jangan lupa air asuhan hendaklah diberi cecair E.M terlebih dahulu.


4. Pastikan rega keli anda makan selepas 48 jam. Ini keran masa itu rega sudah mula kehabisan bekalan telur kuning yang dibawanya untuk digantikan segera dengan makanan tambahan. Saya syorkan anda guna Avantemia kerana ia lebih mudah dan senang disediakan. Kelambatan memberi makan akan menyebabkan kanibalisma (memangsa sesama sendiri).

5. Kalau kolam anda berada di bawah teduhan atau dalam bangunan anda boleh gunakan bantuan pengudaraan menggunakan alat pam udara untuk membekalkan oksigen yang tinggi sepanjang masa. Ini sangat perlu kerana rega keli amat memerlukan oksigen yang cukup dalam proses pembesarannya. Oksigen yang kurang menyebabkan anak ikan akan mudah lemah dan mati. Proses pengudaraan ini juga perlu dalam aktiviti penyuburan air. Tapi jika kolam asuhan berada di luar dengan terdedah dengan sinaran matahari sebanyak 60%, penggunaan bantuan pengudaraan tidak perlu. Ini kerana berlakunya kitaran fotosintesis di siang hari yang membekalkan oksigen ke dalam kolam asuhan. Proses ini berlaku disebab wujudnya pytoplankton (air hijau) di kolam asuhan. Perlu diingatkan sekali lagi, paras air amat penting. Hadkan pada kedalamn 3 - 4 inci sahaja. Ini amat sesuai untuk pemeliharaan benih sekitar 2 inci ke bawah.
semoga maklumat ini memberi manfaat kepada pembaca.

2 comments: